Sidang DUN Terengganu 13 hingga 15 September depan

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijadualkan akan diadakan pada 13 hingga 15 September depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata, maklumat lanjut akan dihantar kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh terdekat.

"Perkara ini disahkan selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan pembukaan sidang DUN Terengganu pada tarikh terbabit.

“Insya-ALLAH ia akan berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan dan mendapat kelulusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri pada Khamis.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan sebelum ini, beberapa negeri telah mengesahkan tarikh persidangan DUN masing-masing pada Ogos hingga September depan antaranya Selangor, Johor dan Perak.

Artikel Berkaitan: