Suspek langgar MPV polis masih dikesan

Seorang lelaki bertindak melanggar Kereta Peronda Polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.
Seorang lelaki bertindak melanggar Kereta Peronda Polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis masih mengesan seorang lelaki yang bertindak melanggar Kereta Peronda Polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek dipercayai merupakan seorang warga tempatan.

"Kenderaan yang dinaiki suspek telah ditinggalkan di susur Jalan NPE Sunway menghala Kuala Lumpur dan ditemui pada 11 Julai kira-kira jam 8 malam.

"Setakat ini tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan usaha mengesan suspek masih dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pada Sabtu, seorang lelaki bertindak melanggar Kereta Peronda Polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.

Abd Khalid Othman berkata, Pusat Kawalan Daerah (PKD) Subang Jaya telah menerima panggilan daripada anggota unit cawangan MPV yang memaklumkan terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback, warna kelabu dalam keadaan mencurigakan pada jam 7.25 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru pemandu kereta lari dan langgar MPV polis

Artikel Berkaitan: