Polis cari saksi kes lelaki maut dilanggar kereta api

Pihak forensik polis melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang maut dilanggar komuter di landasan Seputeh, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pihak forensik polis melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang maut dilanggar komuter di landasan Seputeh, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa kejadian membabitkan seorang lelaki maut dilanggar kereta api di landasan Seputeh, Kuala Lumpur diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian sekitar jam 1.08 petang semalam, pihaknya menerima maklumat berlaku satu kemalangan kereta api melibatkan seorang lelaki di landasan Seputeh.

Ekoran kejadian itu katanya, lelaki tersebut maut dilanggar kereta api, namun pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Menurutnya, mangsa merupakan satu lelaki yang bangsanya tidak dapat dipastikan, berambut pendek, memakai baju dan seluar berwarna hitam.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

"Pihak polis memohon masyarakat yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pihak polis Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Amihizam berkata, siasatan awal pihaknya di tempat kejadian mendapati bahawa mangsa telah berbaring di atas landasan kereta api sebelum dirempuh sebuah komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan.

"Pihak polis ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak melintas landasan kereta api, sebaliknya menggunakan laluan pejalan

kaki yang ditetapkan," katanya.