X

Kindly register in order to view this article
!

291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi pada Ahad

Dr Adham memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

Menerusi hantaran di Twitter pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

Menurut Dr Adham setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!