Muhyiddin kekal berkuasa: Peguam Negara

Muhyiddin. - Foto Bernama
Muhyiddin. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal untuk terus memerintah kuasa Eksekutif Persekutuan meskipun UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

"Dari segi undang-undang, Muhyiddin dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Kenyataan Idrus tersebut dilihat menoktahkan persoalan mengenai kedudukan Muhyiddin dan jemaah menteri selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Ahli Parlimen Pagoh berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Ketetapan UMNO dibuat berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Artikel Berkaitan: