Lebih 8.5 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,582,893 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini setakat pada Jumaat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan 2,463,019 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 236,196 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam (Jumaat), melibatkan 167,059 dos pertama dan 69,137 dos kedua," katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 333,432 orang diikuti Johor (258,636); Sarawak (257,408); Kuala Lumpur (221,020) dan Perak (219,044). - Bernama

Artikel Berkaitan: