Covid-19: Kelonggaran SOP untuk Perlis, Putrajaya dan Terengganu?

Negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah berkemungkinan diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP). - Foto Bernama
Negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah berkemungkinan diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekurang-kuranya tiga buah negeri di Semenanjung dijangka diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana rekod jangkitan Covid-19 yang kekal rendah dalam ketika kebanyakan negeri lain masih bergelut dengan kes harian baharu yang tinggi.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 2 Julai 2021) dan berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes.

Pada Jumaat, Terengganu merekod 44 kes harian baharu (kumulatif 11,295 kes), sementara WP Putrajaya 20 kes (kumulatif 2,332 kes) dan Perlis sifar kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun turut mencatat sifar kes.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa 29 jun dipetik berkata, negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah 'berkemungkinan diberi kelonggaran'.

Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti perkara tersebut dan keputusan akan dibuat "selepas segala perincian di ambil kira, termasuk nisbah jangkitan di sesebuah negeri dengan jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara."

Perkara yang sama diulangi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat yang menyatakan pihaknya akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malaysia masih di bawah fasa pertama Sekatan Pergerakan Perjalanan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan SOP ketat. Untuk beralih ke fasa dua, jumlah kes harian baharu Covid-19 perlu mencapai nilai ambang di bawah 4,000.

Dua lagi faktor yang diambil kira ialah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Artikel Berkaitan:

Fasa pertama SPP yang bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 dan disambung sehingga 28 Jun 2021 mungkin berlangsung sehingga pertengahan Julai 2021. PPN yang terbahagi kepada empat fasa diharap dapat mengembalikan kehidupan harian biasa di negara ini.

Sepanjang Rangkuman Mingguan ini, angka kes harian baharu berlegar antara 5,000 hingga hampir mencecah 7,000 dengan Selangor terus mencatat kes empat angka.

Malaysia mencatat detik cemas apabila kes harian baharu sebanyak 9,020 kes dilaporkan pada 29 Mei 2021, tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Pada Jumaat, Malaysia mencatat 6,982 kes harian baharu berbanding Khamis, 6,988 kes, menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 765,949 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 66,084 kes.

Setakat 2 Julai 2021, jumlah kluster aktif meningkat kepada 877. Secara keseluruhannya, sebanyak 2,882 kluster direkod dan 2,005 daripadanya, ditamatkan.

Rangkuman Mingguan ini (26 Jun - 2 Julai 2021) yang berdasarkan data KKM merekod sebanyak 141 kluster baharu dan 79 atau 56 peratus daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Daripada 17 kluster baharu yang dilaporkan pada Jumaat, sembilan (9) adalah kluster tempat kerja, sementara lima (5) kluster komuniti, dan tiga (3) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 905 kes dan 443 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 765,949 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 35 (tangga 36 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Jepun (799,978) dan Hungary (808,197 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Berdasarkan perincian KKM untuk 6,982 kes harian baharu Covid-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 2 Julai 2021, Selangor terus mencatat kes empat angka dan menyumbang kes terbanyak iaitu 2,907 kes.

Kes harian baharu yang masih tinggi di negeri ini menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar dikenakan ke atas daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Hulu Selangor, di Selangor dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD Bersasar ini yang melibatkan 14 buah lokaliti, berkuat kuasa 3 Julai hingga 16 Julai 2021.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu Covid-19 di Selangor adalah seperti berikut:

26 Jun (2,108 kes), 27 Jun (2,212 kes), 28 Jun (1,989 kes), 29 Jun (2,299 kes), 30 Jun ( 2,836 kes), 1 Julai (2,885 kes) dan 2 Julai (2,907 kes).

Sementara itu, negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - WP Kuala Lumpur 637 kes, Negeri Sembilan 606 kes, Johor 517 kes, Sarawak 440 kes, Pulau Pinang 351 kes, Pahang 329 kes, Kedah 257 kes, Sabah 230 kes, Melaka 202 kes, Perak 182 kes, WP Labuan 131 kes dan Kelantan 129 kes.

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 44 kes dan WP Putrajaya 20 kes.

Kes harian baharu sifar - Perlis.

Sebanyak 73 lagi kes kematian dilaporkan pada Jumaat (2 Julai), menjadikan kes kumulatif yang melepasi angka 5,000 pada 28 Jun (5001) kepada 5,327 kes (0.70 peratus).

Selangor terus mencatat kes kematian tertinggi sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:

26 Jun (30 kes), 27 Jun ( 20 kes), 28 Jun (15 kes), 29 Jun (43 kes), 30 Jun (22 kes), 1 Julai ( 46 kes) dan 2 Julai (29 kes).

Mengenai perkembangan terkini penularan varian baharu virus SARS-CoV-2, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan pada Khamis, antara 23 jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan.

Sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga (3) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu:

  • 18 kes varian Delta (B.1.617.2)

  • Lima (5) kes varian Beta (B.1.351)

  • Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1)

  • Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).

Dengan ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadinya pada 2 Julai 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 Julai 2021 untuk seluruh negara kekal 1.07. Untuk rekod, Ro 1.0 mula dilaporkan pada 28 Jun (1.0) dan meningkat atas 1.0 pada 29 Jun (1.04), 30 Jun (1.05), setelah berada di bawah 1.0 sejak 6 Jun 2021 (0.99).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi adalah Pahang 1.27, WP Putrajaya 1.13 dan Selangor 1.07.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (26 Jun - 2 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:

26 Jun (5,193 kes), 27 Jun (4,777 kes), 28 Jun (4,744 kes), 29 Jun (5,298 kes), 30 Jun (4,929 kes), 1 Julai (5,580 kes) dan 2 Julai (6,979 kes).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

26 Jun - Kes baharu: 5,803 kes (728,462 kes kumulatif); Kes tempatan: 5,793 kes [4,433 warganegara (76.5%); 1,360 bukan warganegara (23.5%)]; Kes import: 10 kes (3 warganegara, 7 bukan warganegara);

27 Jun - Kes baharu: 5,586 kes (734,048 kes kumulatif);Kes tempatan: 5,583 kes [4,186 warganegara (75.0%); 1,397 bukan warganegara (25.0%)]; Kes import: 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);

28 Jun - Kes baharu: 5,218 kes (739,266 kes kumulatif); Kes tempatan: 5,211 kes [4,121 warganegara (79.1%); 1,090 bukan warganegara (20.9%)]; Kes import: 7 kes (1 warganegara, 6 bukan warganegara);

29 Jun - Kes baharu: 6,437 kes (745,703 kes kumulatif); Kes tempatan: 6,423 kes [4,672 warganegara (72.7%); 1,751 bukan warganegara (27.3%)]; Kes import: 14 kes (3 warganegara, 11 bukan warganegara);

30 Jun - Kes baharu: 6,276 kes (751,979 kes kumulatif);Kes tempatan: 6,260 kes [4,997 warganegara (79.8%); 1,263 bukan warganegara (20.2%)]; Kes import: 16 kes (12 warganegara, 4 bukan warganegara);

1 Julai - Kes baharu: 6,988 kes (758,967 kes kumulatif); Kes tempatan: 6,983 kes [5,271 warganegara (75.5%); 1,712 bukan warganegara (24.5%)]; Kes import: 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);

2 Julai - Kes baharu: 6,982 kes (765,949 kes kumulatif); Kes tempatan: 6,979 kes [5,265 warganegara (75.4%); 1,714 bukan warganegara (24.6%)]; Kes import: 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara).

Rekod kes kematian:

26 Jun - Kes kematian: 81 kes (4,884 kes kumulatif, 0.67%; 78 warganegara, 3 bukan warganegara); BID 10;

27 Jun - Kes kematian: 60 kes (4,944 kes kumulatif, 0.67%; 52 warganegara, 8 bukan warganegara); BID 9;

28 Jun - Kes kematian: 57 kes (5,001 kes kumulatif, 0.68%; 54 warganegara, 3 bukan warganegara); BID 4;

29 Jun - Kes kematian: 107 kes (5,108 kes kumulatif, 0.68%; 99 warganegara, 8 bukan warganegara); BID 14;

30 Jun - Kes kematian: 62 kes (5,170 kes kumulatif, 0.69%; 59 warganegara, 3 bukan warganegara);BID 7;

1 Julai - Kes kematian: 84 kes (5,254 kes kumulatif, 0.69%; 77 warganegara, 7 bukan warganegara). BID 9.

2 Julai - Kes kematian: 73 kes (5,327 kes kumulatif, 0.70%; 64 warganegara, 9 bukan warganegara), BID 13.

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

26 Jun - 14 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 2, kluster pusat tahanan 2, dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

27 Jun - 17 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 6, kluster pusat tahanan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

28 Jun - 22 kluster baharu (kluster tempat kerja 16 dan kluster komuniti 6);

29 Jun - 27 kluster baharu (kluster tempat kerja 12, kluster komuniti 13, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

30 Jun - 23 kluster baharu (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 8, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

1 Julai - 21 kluster baharu (kluster tempat kerja 11, kluster komuniti 9 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

2 Julai - 17 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 183,512,215 kes (Rangkuman Mingguan lalu 180,847,411 kes) dengan 3,973,393 kematian (minggu lalu 3,917,924 kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 167,995,947 orang (minggu lalu 165,486,420 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Rusia, Turki, United Kingdom, Argentina, Colombia dan Itali.

Pecahan kes Covid-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:

Amerika Syarikat 34,561,403 kes (620,645 kematian);

India 30,458,251 kes (400,312 kematian)

Brazil 18,622,304 kes (520,189 kematian)

Perancis 5,777,965 kes (111,111 kematian)

Rusia 5,561,360 kes (136,565 kematian)

Turki 5,430,940 kes (49,774 kematian)

United Kingdom 4,828,463 kes (128,162 kematian)

Argentina 4,491,551 kes (94,772 kematian)

Colombia 4,269,297 kes (107,137 kematian)

Itali 4,260,788 kes (127,587 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 100 dengan 91,810 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 97 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Indonesia di tangga 17 - 2,228,938 kes (59,534 kematian)

Filipina di tangga 23 - 1,424,518 kes (24,973 kematian)

Thailand di tangga 70 - 270,921 kes (2,141 kematian)

Myanmar di tangga 84 - 159,347 kes (3,347 kematian)

Singapura di tangga 110 - 62,599 kes (36 kematian)

Kampuchea di tangga 111 - 52,350 kes (660 kematian);

Vietnam di tangga 138 - 17,902 kes (81 kes kematian)

Laos di tangga 190 - 2,176 kes (3 kes kematian)

Brunei di tangga 204 - 261 kes (3 kes kematian)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

Latar Belakang Covid-19

Penularan wabak Covid-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu Covid-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit Covid-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit Covid-19 sebagai pandemik.

WHO menyifatkan wabak penyakit Covid-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik Covid-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai Covid-19.

Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

Di UK, varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

WHO berikutnya mengumumkan varian Covid-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1) - Bernama