X

Kindly register in order to view this article
!

7 kompaun RM46,000, 5 daripadanya tidak imbas MySejahtera

Ops Bersepadu Pematuhan dan Penguatkuasaan PPN Prosedur Operasi Standard Fasa 1 Peringkat Daerah Hilir Perak menghasilkan tujuh kompaun sekitar bandar Teluk Intan, di sini pada Jumaat.
A
A

TELUK INTAN -Tidak mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera masih menjadi kesalahan utama dilakukan orang ramai dalam Ops Bersepadu Pematuhan dan Penguatkuasaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Prosedur Operasi Standard Fasa 1 Peringkat Daerah Hilir Perak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, daripada tujuh kompaun yang dikeluarkan, lima daripadanya merupakan kesalahan tidak mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, dalam operasi hampir lima jam itu, sebanyak lima lokasi dikunjungi melibatkan kilang, restoran, bank dan pasar raya di sekitar Bandar Teluk Intan.

"Operasi kali ini membabitkan 51 penguat kuasa terdiri daripada Polis, Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Tujuh kompaun itu dikeluarkan pihak polis, KPNDHEP, JTK dan KKM melibatkan jumlah keseluruhan nilai kompaun sebanyak RM46,000," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ahmad Adnan berkata, selain pekerja dan pengunjung premis, majikan juga tidak terkecuali dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM10,000 kerana gagal mematuhi SOP di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta 466.

Pada 23 Jun lalu, empat peniaga Pasar Awam Teluk Intan dikenakan kompaun kerana gagal mengimbas kod QR MySejahtera menerusi Op Bersepadu Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di pasar awam berkenaan

ARTIKEL BERKAITAN : Empat peniaga pasar awam dikompaun RM6,000 tak imbas MySejahtera


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!