Mahasiswa perlu jadi mata, telinga agensi penguat kuasa rasuah

Tangkap layar San Shien ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.
Tangkap layar San Shien ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahasiswa digalakkan untuk bertindak sebagai mata dan telinga kepada agensi penguat kuasa rasuah bagi mengekang isu tersebut daripada terus berleluasa dalam negara.

Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM), Lim San Shien berkata, mahasiswa perlu tahu kewujudan akta bagi melindungi pelapor yang memberi informasi kepada agensi penguat kuasa demi kebaikan dan kemaslahatan negara.

Menurutnya, tindakan tersebut dapat membantu agensi penguat kuasa dalam melancarkan proses siasatan kes yang melibatkan rasuah.

“Mahasiswa mungkin khuatir identiti mereka akan bocor sekiranya membuat laporan terhadap pelaku rasuah dan boleh menjejaskan keselamatan mereka.

“Jadi mereka perlu tahu bahawa kita ada akta bagi melindungi pelapor yang memberi informasi kepada agensi penguatkuasa,” katanya ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Siri 270 yang bertajuk Bahaya Bila Rasuah Jadi Biasa pada Khamis.

Mengulas lanjut, San Shien berkata, pendidikan merupakan aspek penting dalam memberi pendedahan dan informasi mengenai rasuah secara komprehensif serta menyeluruh.

“Contohnya, mahasiswa perlu tahu informasi tentang akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan cara untuk melaporkan rasuah sama ada melalui laman web, panggilan telefon atau aplikasi SPRM sendiri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: