Vaksin: Keputusan suntikan untuk remaja diketahui hari ini

Keputusan berhubung pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu berusia 12 tahun ke atas, akan diumumkan, hari ini. - Gambar hiasan
Keputusan berhubung pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu berusia 12 tahun ke atas, akan diumumkan, hari ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan berhubung pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu berusia 12 tahun ke atas, akan diumumkan, hari ini.

Jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ia akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kata Khairy, pihaknya telah membuat keputusan bersama Menteri Kesihatan bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

Keputusan akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama kerana ada beberapa isu teknikal sedang dikemaskini.

Mengenai selang masa pemberian vaksin Comirnaty pula, ia masih kekal tiga minggu.

Pada Rabu, kerajaan dilapor sedang mempertimbangkan semula keputusan sama ada membenarkan golongan remaja menerima vaksin Covid-19 Comirnaty.

Ia susulan risiko keradangan pada jantung iaitu miokarditis dan perikarditis seperti yang dilaporkan di Amerika Syarikat, United Kingdom serta Singapura. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan timbang semula beri vaksin Pfizer kepada remaja

Artikel Berkaitan: