Moratorium automatik perlu ambil pendekatan ‘opt-out’

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

EMIR Research berpendapat bahawa moratorium pinjaman automatik yang diumumkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (​Pemulih) bernilai RM150 bilion kerajaan baru-baru ini seharusnya mengambil pendekatan ‘opt-out’ (pilihan tidak mengambil moratorium) daripada ‘opt-in’ (pilihan mengambil moratorium).

Badan pemikir bebas itu berkata bahawa manfaatnya mungkin tidak sesuai untuk semua berdasarkan kepada bukti bahawa hampir kesemua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Apabila bank yang akan meneliti setiap permohonan dan memberi kelulusan terhadap kemudahan pinjaman moratorium kepada PKS, ia akan mengakibatkan risiko.

"Selain daripada meraih keuntungan kewangan, ia mungkin lebih menjurus kepada pengambilan risiko kerana sekiranya jualan dan pendapatan PKS merosot ia akan mengakibatkan gulung tikar,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

Memetik kaji selidik dijalankan oleh Persatuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Klang baru-baru ini, EMIR Research berkata, sewaan merangkumi sekitar 35 peratus daripada perbelanjaan operasi perniagaan.

Ia berkata kajian itu mendapati hanya kira-kira 28 peratus sahaja menerima pengurangan sewa sebanyak 30 peratus daripada tuan tanah mereka dibandingkan dengan mereka yang tidak menerima (51 peratus) dan mereka yang tidak mengetahui skim tersebut (21 peratus).

"Antara sebab yang paling banyak diberikan tuan tanah kerana tidak memberikan pengecualian atau pengurangan sewa adalah kerajaan telah menawarkan geran tunai kepada PKS, tuan tanah harus membayar pinjaman banknya (satu lagi hujah kukuh yang menyokong moratorium pinjaman automatik untuk semua)," dan tuan tanah juga mengalami kerugian,” katanya.

Justeru, EMIR Research berkata, ia kelihatan seperti memberi insentif kepada tuan tanah untuk memberikan potongan atau pengecualian.

Artikel Berkaitan:

Ia harus menjadi ‘opt-out’ automatik dan bukannya moratorium ‘opt-in’ yang tidak mempunyai syarat semasa permohonan untuk semua, termasuk PKS bukan mikro.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan pakej Pemulih pada 28 Jun, 2021, ia bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dengan fokus meneruskan agenda kesejahteraan rakyat, menyokong perniagaan serta meningkatkan program vaksinasi.

Muhyiddin berkata di bawah pakej bantuan kewangan itu, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20, atau pengusaha mikro.

"Anda hanya perlu membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

"Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, bergantung kepada semakan persetujuan oleh bank," katanya.

EMIR Research berpendapat bahawa memiliki ruang fiskal lebih luas akan membantu kerajaan melihat rakyat dengan lebih baik melalui kesan buruk dari pandemik tersebut.

“Oleh itu, paras siling nisbah hutang daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) harus segera dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK untuk Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan pinjaman Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB),” katanya. - Bernama