Sinergi Perdana Sdn Bhd perkenal pek mini Baja SinerGrow 65 pada harga mampu milik

Lawatan Shazwan (kanan) ke pusat pengoperasian pembungkusan dan penghantaran baja Sinergrow 65 di Flash Fulfilment, Puncak Alam, Selangor.
Lawatan Shazwan (kanan) ke pusat pengoperasian pembungkusan dan penghantaran baja Sinergrow 65 di Flash Fulfilment, Puncak Alam, Selangor.
A
A
A

SINERGI Perdana Sdn Bhd, syarikat pengeluar baja milik penuh RISDA Holdings Sdn Bhd memperkenalkan pek mini Baja SinerGrow 65, dirumus khas untuk pertumbuhan daun, akar dan penghasilan buah yang jual secara eksklusif menerusi platform TikTok Shop pada harga mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinergi Perdana, Shazwan Mazly Mazlan berkata, pengenalan saiz mini tersebut bertujuan memperluaskan akses jualan baja kompaun berkualiti tinggi khusus bagi pekebun kecil, petani, pengusaha pertanian bandar serta usahawan tani baharu.

Menurutnya, pendekatan jualan eksklusif melalui TikTok Shop selari dengan strategi transformasi digital syarikat dalam memperluaskan jangkauan pasaran serta mendekati pengguna melalui sesi siaran langsung berkala dan demonstrasi penggunaan produk.

"Pelancaran Pek Mini SinerGrow 65 ini mencerminkan komitmen kami dalam memastikan input pertanian berkualiti boleh diakses dengan mudah. Dengan tawaran harga berpatutan serta saiz yang praktikal, kami menggalakkan pengguna mencuba keberkesanan produk ini sebelum membeli dalam kuantiti lebih besar.

"Ini bukan sekadar baja tetapi penyelesaian pintar untuk pertumbuhan tanaman yang optimum.

"Sebagai entiti di bawah Kumpulan RISDA Holdings, Sinergi Perdana terus komited dalam menyokong pembangunan sektor pertanian negara dengan menyediakan input pertanian berkualiti pada harga kompetitif sambil mempromosikan amalan pertanian mampan dan inklusif,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pek mini Baja SinerGrow 65 kini boleh didapati dengan harga mampu milik.
Pek mini Baja SinerGrow 65 kini boleh didapati dengan harga mampu milik.

SinerGrow 65 dirumus khas dengan nutrien makro utama seperti nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) yang dikenali sebagai NPK iaitu sumber yang penting bagi pertumbuhan daun, akar dan penghasilan buah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ia mengandungi unsur sekunder yang memperkukuh struktur tanaman serta meningkatkan serta daya tahan tanaman.

Baja berbentuk granul tersebut mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman hiasan, sama ada di kebun kecil mahupun dalam pasu.

Pek mini Baja SinerGrow 65 dijual pada pada harga istimewa RM26 sepeket melalui TikTok Shop rasmi @SinerGrow 65.

Ringkasan AI

  • Sinergi Perdana Sdn Bhd, anak syarikat RISDA Holdings, melancarkan pek mini Baja SinerGrow 65 untuk pertumbuhan daun, akar dan buah
  • Baja ini dijual eksklusif di TikTok Shop pada harga mampu milik untuk menarik pekebun kecil dan usahawan tani
  • Pendekatan jualan melalui TikTok Shop merupakan sebahagian daripada strategi transformasi digital syarikat
  • SinerGrow 65 mengandungi nutrien makro utama NPK, penting untuk pertumbuhan tanaman
  • Baja berbentuk granul ini sesuai untuk pelbagai jenis tanaman dan dijual pada harga RM26 sepeket di TikTok Shop

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!