X

Kindly register in order to view this article
!

32 peratus rakyat mahu undi ikut prinsip

Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 32 peratus rakyat Malaysia memilih untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan prinsip manakala 24 peratus berdasarkan parti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif berkata, hasil kajian kali pertama itu turut menyaksikan 23 peratus lagi mahu mengundi atas faktor calon yang bertanding sementara 12 peratus mengikut gabungan parti serta 10 peratus tidak menyatakan pendirian tanpa menjawab soalan kajian.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan, kita dapat melihat perubahan besar dan sokongan terhadap 'third force' yang merupakan gabungan parti pada asalnya dua hingga tiga peratus tetapi sekarang ini lebih 16 peratus yang mahu kepada gabungan ini.

“Jadi bagi saya jika mahu mengubah struktur sistem sekarang ini akan mengambil tempoh dua hingga tiga PRU baru kita akan nampak perubahannya. Apa yang saya melihat sokongan terhadap parti masih lagi kehadapan serta ia bukan sesuatu yang mudah kepada politik baharu,” katanya ketika Wacana Sinar Live Edisi 269 yang bertajuk PM9: Abah atau siapa? Pada Selasa.

Wacana tersebut turut menampilkan Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor’s University, Anas Zubedy dan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid serta hos, Ismail Adnan.

Dalam pada itu, Rais berkata, pemain-pemain politik perlu memandang kepada simbolik politik supaya kurang berpolitik dan lebih kepada mengurus tiga masalah utama yang berlaku dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 32 peratus rakyat mahu undi ikut prinsip

Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi dipilih jadi calon PM ke-9

Pemilihan calon PM perlu berdasarkan struktur, hierarki parti

Beliau berkata, antaranya masalah pandemik Covid-19, ekonomi dan tadbir urus ketidaktentuan politik pada masa sekarang.

“Kita kini berhadapan dengan cabaran yang tidak dijangka iaitu covid-19 yang merupakan masalah global.

“Jadi dalam keadaan sekarang ini, kita tidak boleh terlalu banyak politik sebaliknya kita perlu kepada kestabilan dan fokus kepada masalah-masalah seperti pemulihan ekonomi.

“EMR Research juga telah memberi empat perkara utama seperti pengurusan pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi, pendidikan dan pendamaian nasional (National Reconciliation), jika tidak masalah ini akan berpanjangan,” ujarnya.

Dalam pada itu Rais berkata, semua perlu pihak perlu bekerjasama untuk menguruskan permasalahan tadbir urus supaya apabila menjelang PRU15 akan datang, negara mungkin berada di landasan yang lebih baik berbanding sekarang.

Jelasnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet ketika ini perlu mendengar cadangan daripada luar seperti pengkaji-pengkaji dan pemegang saham supaya kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan cara yang positif.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!