Nenek terpaksa catu makanan anak, cucu

Siti Bidah (dua,kanan) bersama tiga anak dan cucu-cucunya di kediaman mereka di Jalan Sri Cemerlang.
Siti Bidah (dua,kanan) bersama tiga anak dan cucu-cucunya di kediaman mereka di Jalan Sri Cemerlang.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang nenek sanggup merantau ke luar negeri dan tidur di stesen bas untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri termasuk tiga anak dan enam cucu yang berada di rumah.

Siti Bidah Mahmud, 63 yang menjual aneka jenis kerepek terpaksa melakukan tanggungjawab itu dengan merantau ke Kuala Terengganu memandangkan tiga anaknya tidak mampu untuk bekerja kerana perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tiga cucunya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Walaupun mempunyai penyakit kronik termasuk penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair, namun dia terpaksa menyara keluarga besar itu demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Saya berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain untuk menjual kerepek dan akan tidur di stesen bas di Kuala Terengganu selepas menjaja kerepek berkenaan.

“Namun sejak Sekatan Pergerakan Penuh 1 Jun lalu, saya terpaksa pulang ke Kota Bharu untuk menunggu panggilan bagi mendapatkan vaksinasi. Keadaan ini sekali gus membuatkan saya hilangkan punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Jalan Sri Cemerlang di sini.

Siti Bidah yang mempunyai tujuh anak tinggal bersama tiga anak perempuannya, Rosilawati Zakaria, 35, Rosmaherah 26 dan Rosyahana 24 tahun serta enam cucunya di mana tiga daripada mereka adalah OKU.

Dalam pada itu, warga emas yang juga ibu tunggal itu turut memberitahu, ketiga-tiga anaknya sudah berkeluarga dan menerima bantuan bulanan daripada bekas suami mereka namun masih tidak mencukupi untuk menanggung cucunya yang sedang membesar.

Artikel Berkaitan:

Siti Bidah
Siti Bidah

“Kami pernah makan nasi berlaukkan enam biji telur untuk 10 orang dan tiada lauk lain. Kadang-kadang ada juga berlaku perselisihan faham disebabkan kami tiada duit langsung dan sebagainya.

“Bagaimanapun kami bukannya suka meminta, kalau ada orang bagi, kita ambil. Setakat minta tolong dengan adik-beradik itu memang biasalah,” katanya yang turut mengalami masalah luka di lutut kerana mencari lokan sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, anak keduanya, Rosmaheran berkata dia dan kakaknya terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak-anak mereka yang mengalami masalah autisme dan hyperaktif serta memerlukan pemantauan setiap masa.

"Sebelum ini saya bekerja dan anak pula saya hantar ke sekolah. Tetapi sampai satu tahap, cikgu pun sudah tidak mampu untuk mengawal anak saya kerana dia memerlukan pemerhatian yang khusus. Keadaan sama turut berlaku kepada kakak saya sehingga menyebabkan kami ambil keputusan berhenti kerja dan jaga sendiri anak-anak kami.

"Jadi sekarang kami hanya bergantung pada nafkah bulanan bekas suami. Itupun masih tidak cukup untuk kami menyara keluar besar kami," katanya.

Sementara itu, anak keenamnya, Rosmaheran berkata dia dan kakaknya terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak-anak mereka yang mengalami masalah autisme dan hyperaktif serta memerlukan pemantauan setiap masa.

Selain itu katanya, dia juga tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berharap ada pihak yang dapat membantu mereka sekeluarga.

Untuk sebarang bantuan boleh disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Siti Bidah di 0310029000503769 atau hubungi Rosmaheran menerusi talian 0178059148.