X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

PKPD di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan, tiga negeri lain

Kerajaan pada Selasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Terengganu, bermula Khamis ini sehingga 14 Julai.
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Beberapa lagi lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 1 hingga 14 Julai berikutan peningkatan kes Covid-19 dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, lokaliti berkenaan ialah Mentari Court, PJS 8; Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite di Petaling Jaya, Selangor; Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu; Kampung Balung Cococ, Tawau di Sabah; dan PPR Pantai Ria serta Taman Bukit Angkasa di Kuala Lumpur.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, 10 PKPD di Sabah ditamatkan seperti dijadual; antaranya Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud; Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kota Kinabalu; Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Tawau.

PKPD di Sabah turut ditamatkan di Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, Kalabakan dan PPR Taman Ehsan, Kudat; Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment, Penampang; manakala di Sarawak pula melibatkan penamatan PKPD di Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, Kuching.

Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), beliau berkata, seramai 680 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Isnin dengan 659 orang dikompaun, 20 direman manakala seorang lagi dijamin.

Bagi Ops Benteng pula, katanya, seramai 14 pendatang tanpa izin ditangkap dan enam kenderaan darat dirampas pada Isnin, manakala tiga kilang dan sembilan premis diarah tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP menerusi pemeriksaan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!