Lebih 7.5 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat Isnin di bawah PICK. - Gambar hiasan
Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat Isnin di bawah PICK. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,593,179 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat Isnin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan daripada jumlah itu, 2,130,051 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 197,274 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam (Isnin)," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Selasa.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825). - Bernama

Artikel Berkaitan: