Lebih 300 kakitangan KDEBWM terima suntikan vaksin Covid-19

Kakitangan KDEBWM bergambar setelah selesai menerima dos vaksin masing-masing di Evomall Bangi pada Isnin.
Kakitangan KDEBWM bergambar setelah selesai menerima dos vaksin masing-masing di Evomall Bangi pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai lebih 300 kakitangan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dan anak syarikatnya, Hebat Abadi Sdn Bhd menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Selangor (SCVP) di Evomall Bangi pada Isnin.

Ketua Media dan Perhubungan Awam KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha pihak syarikat dalam melindungi keselamatan para pekerja yang harus bertugas walaupun ketika menghadapi pandemik.

“Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam merupakan sektor perkhidmatan perlu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di mana kutipan dan pembersihan berjalan seperti biasa mengikut jadual.

“Selain daripada memastikan semua kakitangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, suntikan vaksin ini merupakan usaha pihak syarikat dalam menangani dan melindungi kakitangan yang menjalankan tugas daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd turut hadir memberi sokongan kepada warga kerja ketika sesi pemberian vaksin tersebut.

Pada masa sama, syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana berusaha untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin terutama kepada para pekerja perkhidmatan perlu seperti sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

“KDEBWM berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak Selgate Healthcare Sdn Bhd yang mengendalikan Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Selangor (SCVP) dalam usaha meningkatkan pemberian vaksin Covid-19 di negeri Selangor,” katanya.

Artikel Berkaitan: