Covid-19: 13 kematian dilaporkan di NS

Kes Covid-19 di Negeri Sembilan. Gambar kiri: S Veerapan
Kes Covid-19 di Negeri Sembilan. Gambar kiri: S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 13 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Isnin.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 340 orang.

"Setakat hari ini, terdapat 629 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 43,536 kes.

"Dukacita dimaklumkan, terdapat penambaham 13 kes kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan kepada CPRC Negeri Sembilan hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, daripada jumlah kumulatif yang dicatatkan, sebanyak 35,520 kes telah sembuh dan discaj manakala 7,676 kes lagi masih menerima rawatan di wad.

Katanya, terdapat 8,824 kes yang aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

"Sehingga kini, terdapat penambahan dua kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Industri Bunga Tanjung 2 dan Kluster Industri Persiaran Bunga Tanjung 1 di Seremban.

"Ini menjadikan terdapat 54 kluster (45 Kluster Tempatan dan Sembilan Kluster Import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada semua kluster, namun antara yang tertinggi adalah Kluster Industri Senawang dengan 40 kes, diikuti Kluster Industri Bunga Tanjung 2, 24 kes dan Kluster Bari, 16 kes," katanya.