Diskaun bil elektrik lima hingga 40 peratus

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWh) sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWh) sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWh) sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta yang berkuat kuasa selama tiga bulan mulai bil bulan Julai tahun ini.

“Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kWh sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kWh sebulan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan turut melanjutkan diskaun bil elektrik kepada sektor ekonomi yang terjejas sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember tahun ini.

Menurutnya, antara sektor ekonomi terbabit ialah pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

“Pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: