X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta

Sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat Rabu. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis.

Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata, sebanyak 252,773 dos diberikan pada Rabu berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!