X

Kindly register in order to view this article
!

Lagenda Properties beli tanah di Kuantan RM33 juta

Lagenda Properties Bhd - Foto Bernama
A
A

ANAK syarikat milik penuh Lagenda Properties Bhd, LPB Development Sdn Bhd membeli sebidang tanah pegangan pajak di Kuantan, Pahang dengan harga RM33 juta.

Lagenda dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu berkata, LPB Development memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan SST Development Sdn Bhd untuk membeli tanah pegangan pajak berukuran kira-kira 2.023 juta meter persegi.

“Kami berhasrat untuk melaksanakan pembangunan perbandaran mampu milik di tanah tersebut, yang akan menawarkan gabungan pelbagai bangunan perumahan mampu milik dan bangunan komersial dengan anggaran nilai pembangunan kasar kira-kira RM1 bilion,” katanya.

Kumpulan itu dijangka memulakan sebahagian daripada projek pembangunan tersebut menjelang 2023.

“Memandangkan cadangan pembangunan itu masih dalam peringkat perancangan awal, kos pembangunan kasar tidak dapat ditentukan pada ketika ini,” katanya.

Menurut syarikat itu, sumber pembiayaan bagi cadangan pembangunan tersebut hanya akan ditentukan selepas butiran terperinci dan kos pembangunan dimuktamadkan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!