'Parlimen wajar dibuka kerana Ahli Dewan Rakyat sudah divaksin'

Mustaffar Kamal
Mustaffar Kamal
A
A
A

KUANTAN - Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berpandangan Parlimen sudah boleh bersidang kerana semua Ahli Dewan Rakyat telah menerima suntikan vaksin.

Menurut beliau, tiada alasan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangguhkan pembukaan Parlimen hingga tiga bulan lagi.

Beliau berkata, sekiranya Parlimen dapat dibuka, pelbagai isu kepentingan rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan lebih-lebih ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Sekatan Pergerakan Penuh yang berkuatkuasa awal Jun lalu.

“Kalau mereka faham titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak sepatutnya timbul isu untuk tangguh sampai bulan Oktober baru nak buka sidang Parlimen.