Perancis 'kecut perut' selepas diugut AS - Trump

Trump kiri dan Macron. - Foto: Agensi
Trump kiri dan Macron. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mempersendakan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron dengan mendakwa beliau berjaya memaksa Paris menaikkan harga ubat preskripsi selepas mengugut untuk mengenakan tarif import sehingga 25 peratus ke atas semua produk Perancis yang memasuki pasaran Amerika.

Dalam ucapan kepada penggubal undang-undang Parti Republikan, Trump mendakwa beliau telah mengeluarkan kata dua kepada Perancis supaya mematuhi tuntutan Washington atau berdepan dengan tarif tinggi terhadap semua barangan Perancis, termasuk champagne dan wain.

Trump berkata, Amerika Syarikat telah lama menanggung kos penjagaan kesihatan global dan mendakwa dasar Most Favoured Nation (MFN) yang diperkenalkannya memaksa negara-negara lain bertindak pantas mematuhi kehendak AS.

Menurut Trump, beliau meminta Macron menaikkan harga ubat preskripsi di Perancis kerana rakyat Amerika membayar sehingga “14 kali ganda” lebih mahal berbanding pengguna di negara Eropah itu.

Bagaimanapun, cadangan tersebut pada awalnya ditolak oleh Presiden Perancis berkenaan.

Namun, Trump mendakwa ancaman tarif yang disifatkannya sebagai “42 kali lebih mahal” berbanding tuntutannya menyebabkan Perancis akhirnya akur.

Beliau mendakwa harga ubat di Perancis meningkat daripada AS$10 (RM40.65) sebiji kepada AS$30 (RM121.95), manakala harga ubat di Amerika Syarikat pula menurun.

Dalam nada sindiran, Trump meniru gaya percakapan Macron sambil mendakwa Presiden Perancis itu kononnya merayu agar perkara tersebut tidak didedahkan kepada rakyatnya.

“Donald, kita ada perjanjian. Saya akan naikkan harga ubat preskripsi sebanyak 200 peratus atau apa sahaja yang kamu mahu.

Artikel Berkaitan:

“Tolong, Donald, jangan beritahu penduduk. Saya merayu,” kata Trump, memetik dakwaan perbualan tersebut.

Trump turut mendakwa pendekatan sama digunakan terhadap negara lain, dengan menyatakan bahawa kebanyakan pemimpin dunia bersetuju menaikkan harga ubat dalam tempoh purata hanya “3.2 minit” selepas diancam dengan tarif perdagangan.

“Kami berbesar hati untuk menaikkan harga ubat kami sebanyak empat kali ganda jika itu yang anda mahukan,” kata Trump, menggambarkan reaksi pemimpin asing lain.

Kenyataan itu dibuat ketika Trump giat mempromosikan dasar MFN, yang bertujuan menurunkan harga ubat preskripsi di Amerika Syarikat dengan mengaitkan bayaran Medicare kepada harga terendah yang dikenakan oleh pengeluar ubat di negara maju lain.

Setakat ini, Presiden Macron mahupun kerajaan Perancis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagai maklum balas terhadap dakwaan Trump itu. – Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump, mempersendakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkaitan peningkatan harga ubat preskripsi
  • Trump mengugut akan mengenakan tarif import ke atas produk Perancis untuk memaksa kenaikan harga ubat di Perancis
  • Trump mendakwa dasar Most Favoured Nation (MFN) memaksa negara lain mematuhi kehendak AS
  • Harga ubat di Perancis meningkat signifikan manakala di AS menurun, menurut Trump
  • Trump menyatakan pendekatan ancaman tarif berjaya menaikkan harga ubat di negara lain dalam masa purata hanya 3.2 minit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!