PRK Kinabatangan, Lamag: Penyokong parti akan berarak iring calon

Penyokong BN dan Warisan mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan SPR bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.
Penyokong BN dan Warisan mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan SPR bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.
A
A
A

KINABATANGAN – Penyokong calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya dibenarkan berada pada jarak lebih 100 meter dari pekarangan Dewan Sri Lamag.

Tinjauan mendapati penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (Warisan) mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.

Setakat ini, difahamkan calon serta penyokong BN akan berarak dari Perpustakaan Kinabatangan sebelum memasuki kawasan pusat penamaan calon.

Sementara itu, penyokong Warisan pula dijangka berarak dari Pekan Kinabatangan menuju ke pusat penamaan calon.

Sehingga jam 8.30 pagi, keadaan di sekitar Dewan Sri Lamag masih terkawal dan belum dibanjiri penyokong mana-mana parti yang bertanding.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyokong calon parti PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag hanya dibenarkan berada 100 meter dari Dewan Sri Lamag
  • Penyokong Barisan Nasional dan Parti Warisan berkumpul di lokasi yang ditetapkan oleh SPR untuk mengelak pertembungan
  • Calon dan penyokong BN akan berarak dari Perpustakaan Kinabatangan ke pusat penamaan calon
  • Penyokong Warisan akan berarak dari Pekan Kinabatangan ke pusat penamaan calon
  • Keadaan sekitar Dewan Sri Lamag terkawal dan belum dibanjiri penyokong pada jam 8.30 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!