Pengedar dadah dicekup bersama 20 botol heroin

Seorang pengedar dadah dicekup bersama 20 botol serbuk putih dipercayai heroin berhampiran sebuah rumah di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang pada Sabtu.
Seorang pengedar dadah dicekup bersama 20 botol serbuk putih dipercayai heroin berhampiran sebuah rumah di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang pengedar dadah dicekup bersama 20 botol serbuk putih dipercayai heroin berhampiran sebuah rumah di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang di sini pada Sabtu.

Rampasan dadah berjumlah RM40,000 itu dilakukan pada jam 3.15 petang selepas polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun ketika menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sejurus ditahan anggota yang bertugas telah membuat pemeriksaan ke atas suspek, namun tidak menemui barangan salah.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan dadah tersebut di dalam raga motosikal suspek.

"Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku masih mempunyai bahan terlarang itu di rumahnya," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, anggota polis kemudian terus bergegas ke rumah suspek yang terletak di Cabang Empat Salam, Gual Periok untuk membuat pemeriksaan dan menjumpai sebuah beg pinggang berzip warna coklat.

"Sebaik beg itu dibuka sebanyak 130 biji pil yaba yang dianggarkan berjumlah RM1,300 telah ditemui.

"Suspek turut mengaku pil yaba yang dirampas adalah miliknya dan usaha mengesan pembekal bahan terlarang itu sedang giat diteruskan," katanya.

Katanya, semakan mendapati suspek yang merupakan penganggur mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A (1) ADB 1952," katanya.