X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 turun lagi, 5,293 direkod hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut apabila merekodkan sebanyak 5,293 kes baharu pada Ahad berbanding 5,911 kes pada Sabtu dan 6,440 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 1,680 kes diikuti Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379), Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156) dan Pulau Pinang (114)

Menurutnya, tiga negeri dan wilayah melaporkan kes di bawah 100 iaitu Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (empat) dan Perlis (dua).

"Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 696,408," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 5,941 kes sembuh dicatatkan menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 628,185 kes.

Katanya, sebanyak 880 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 454 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 60 kes kematian dicatatkan pada Ahad melibatkan 56 warganegara dan 4 bukan warganegara.

“Kes kematian ini melibatkan 20 di Selangor, Johor (12), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (empat), Labuan (empat), Sabah (dua), Sarawak, (dua), Perak (dua) dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah serta Pahang,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 19 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti melibatkan 11 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dua kluster berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan

Jelasnya, sebanyak 2,623 kluster dikesan sejak awal pandemik Covid-19 dan daripada jumlah itu, 1,789 telah diisytiharkan tamat dan 834 masih aktif.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!