Ambil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia

Polis sahkan empat kanak-kanak maut dipercayai mahu mengambil bola ke dalam longkang.
Polis sahkan empat kanak-kanak maut dipercayai mahu mengambil bola ke dalam longkang.
A
A
A

KULIM - Polis sahkan dua lagi kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini pada Isnin menjadikan keseluruhan mangsa seramai empat orang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kesemua mangsa berusia lapan hingga 12 tahun, dipercayai sedang mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang ketika kejadian.

Menurutnya, kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, adik tirinya, Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, rakan mereka, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.

ARTIKEL BERKAITAN:Ambil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia

4 budak maut: Tak sempat beli kasut bola sepak, bapa hilang dua anak serentak

Dua kanak-kanak lemas dalam longkang, dua lagi dikejarkan ke hospital

'Sudah Maghrib adik belum pulang, jumpa hanya jasad'

Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam longkang ketika mahu mengambil bola.
Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam longkang ketika mahu mengambil bola.

Artikel Berkaitan:

"Pada jam lebih kurang 7.45 malam, semasa pengadu bertugas di Kaunter Pejabat Pertanyaan di Balai Polis Sungai Karangan telah terima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat empat mangsa lemas berdekatan kolam tadahan Taman Desa Kayangan," katanya.

Menurutnya, pasukan perubatan terlebih dahulu mengesahkan dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

"Kesemua empat kanak-kanak ini dipercayai tinggal berdekatan Taman Desa Kayangan.

Polis sahkan dua lagi kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini pada Isnin menjadikan keseluruhan mangsa seramai empat orang.
Polis sahkan dua lagi kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini pada Isnin menjadikan keseluruhan mangsa seramai empat orang.

"Hasil temubual ibu mangsa mendapati kesemua mereka telah keluar dari rumah untuk bermain bola. Selepas itu, dipercayai bola terjatuh ke dalam longkang di tempat kejadian dan kesemua mangsa cuba mengambil bola tersebut sebelum terjatuh ke dalam longkang," jelasnya.

Beliau berkata, difahamkan, tidak ada saksi yang melihat kejadian itu.

Katanya, anggaran kedalaman longkang tersebut lebih kurang tiga meter dan lebar kira-kira 1.8 meter.

Menurut Syamsul, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua kanak-kanak lemas manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!