Wanita maut ditikam 13 kali, suami serah diri

Seorang wanita maut disyaki ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram. Foto tular
Seorang wanita maut disyaki ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram. Foto tular
A
A
A

KULIM - Seorang wanita maut disyaki ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, di sini kira-kira jam 8.30 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, lelaki berusia 43 tahun itu mengaku telah menikam isterinya berusia 39 tahun sebanyak tujuh kali tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.

Suspek mengaku telah menikam isterinya sebanyak tujuh kali tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.
Suspek mengaku telah menikam isterinya sebanyak tujuh kali tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan menggunakan pisau lipat.

Menurutnya, pada jam lebih kurang 8.40 malam, suspek yang juga penganggur telah hadir ke Balai Polis Lunas dan memaklumkan kepada pihak polis bahawa telah bertindak menikam isterinya di rumah mereka di Taman Tiram.

"Suspek turut menyerahkan sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Hasil siasatan mendapati, lokasi kejadian berlaku dalam bilik tidur utama yang didiami suspek, mangsa dan anak mereka berumur tiga tahun," katanya.

Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa telah bertindak menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri.
Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa telah bertindak menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil dan beberapa barangan lain di atas katil.

Katanya, pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah hadir dan mengambil 11 sampel berkaitan kejadian.

"Siasatan awal mendapati kejadian kemungkinan berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa akibat cemburu.

"Selepas kejadian, suspek telah mandi, mengambil anaknya daripada pengasuh dan menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada kakaknya di Hentian R&R Juru," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya bahawa telah bertindak menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim oleh keluarga dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Menurut Syamsul, suspek telah ditahan pada jam kira-kira 9 malam semasa berada di Balai Polis Lunas.

No Image Caption

"Sebilah pisau lipat berukuran lebih kurang 20 sentimeter telah dirampas sebagai barang kes.

"Temubual awal dengan jiran mendapati mereka tidak mendengar pertengkaran dipercayai akibat hujan lebat ketika kejadian," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!