Pelan Pemulihan Negara tidak rangkumi strategi bantu rakyat

Hantaran di Facebook milik Rafidah.
Hantaran di Facebook milik Rafidah.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan Pelan Pemulihan Negara tidak merangkumi strategi yang membantu dalam menggerakkan masyarakat yang terkesan akibat pandemik.

Beliau berkata, kerajaan perlu menerapkan pendekatan mencegah penularan pandemik Covid-19 dalam inisiatif berkenaan.

“Kita perlu maju ke hadapan untuk melihat lebih daripada wabak Covid-19 itu sendiri.

“Biarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menumpukan perhatian pada pengurusan pandemik Covid-19,” katanya dalam hantaran Facebook milik beliau pada Selasa.

Pada Selasa, kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 yang melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan selebihnya harus menambah nilai-nilai dalam Pelan Pemulihan Negara dengan mengadakan rundingan bersama pihak berkepentingan.

Menurutnya, pelan pemulihan seharusnya menfokuskan kepada isu semasa antaranya adalah sektor ekonomi, pendidikan, industri-industri utama, kesihatan dan pemotongan cukai.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimana memberi peluang pekerjaan, terutama dalam kalangan mereka yang diberhentikan kerana penutupan perniagaan.

“Memperkenalkan pemotongan cukai dan sebagainya, untuk mendorong pekerjaan, pengenalan proses IT yang relevan, dan membuat penyesuaian untuk persekitaran pasaran norma baru.

“Kesemua ini perlu dilakukan selari dengan pengurusan pandemik Covid-19,” ujarnya.