Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan kawasan di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang Khamis.
MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang itu melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kulim, Baling, Bandar Baharu, Padang Terap, Sik, Kubang Pasu dan Yan.
Bagi Pulau Pinang, amaran melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Selama, Larut Matang, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar.
Sementara itu, di Pahang, amaran dikeluarkan bagi Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis.
Di Johor, kawasan terlibat ialah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
Bagi Sarawak, amaran melibatkan kawasan Serian, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Sibu dan Mukah.
Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Tawau, Pedalaman dan Sandakan.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi jabatan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

