Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM

Muhyiddin semasa menyampaikan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara pada Selasa. - Foto Bernama
Muhyiddin semasa menyampaikan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 yang melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peralihan itu menggariskan empat fasa dengan tiga indikator utama.

Menurutnya, pendekatan secara berperingkat itu bermula dengan fasa pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes Covid-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

"Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP antaranya setelah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes.

"Fasa ketiga pula melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif, iaitu di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup.

"Seterusnya, fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sinar yang lebih cerah di hujung terowong'

Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM

Artikel Berkaitan:

Pelan Pemulihan Negara: Abdul Hadi sambut baik usaha PM

Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas Pelan Pemulihan Negara yang disiar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pelan pemulihan yang dirangka dengan mengambil kira pertimbangan terbaik itu dibuat bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan harian biasa.

"Pelan ini merupakan satu panduan yang dirangka secara berhati-hati berdasarkan data dan sains untuk membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan harian seperti mana sebelum munculnya pandemik ini," katanya.

Katanya, kehidupan rakyat tidak boleh berterusan seperti mana yang dilalui hari ini sebaliknya demi kelangsungan kesihatan dan kehidupan, Malaysia perlu segera keluar daripada krisis pandemik Covid-19.