X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin dos tunggal CanSino sesuai digunakan di pedalaman Sarawak

Amar Douglas Uggah Embas
A
A

KUCHING - Kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi pembekalan vaksin jenis CanSino dalam memerangi pandemik Covid-19 amat sesuai dengan pelan imunisasi untuk penduduk di pedalaman Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, CanSino, yang merupakan vaksin dos tunggal akan membolehkan pasukan perubatan melaksanakan vaksinasi hanya sekali di setiap lokasi selain mengurangkan perbelanjaan, masa perjalanan dan kesulitan atau risiko yang terlibat.

“Di Sarawak, kita mempunyai penduduk yang tinggal secara berselerak di kawasan yang luas di pedalaman di mana pengangkutan bukan sahaja menjadi masalah tetapi (kosnya) juga mahal,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata, keputusan tersebut yang diumumkan hari ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah juga akan mempercepat sasaran Sarawak untuk menyempurnakan program vaksinasi menjelang Ogos tahun ini.

“JPBN telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk pengagihan vaksin yang bersesuaian ke negeri ini sebaik sahaja bekalan tersedia," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!