LUAS halang tumpahan minyak cemar LRA Sungai Semenyih

Sisa minyak sawit yang berjaya disedut keluar dari sungai bagi menghalang gangguan kerja di LRA Sungai Semenyih.
Sisa minyak sawit yang berjaya disedut keluar dari sungai bagi menghalang gangguan kerja di LRA Sungai Semenyih.
A
A
A

SEMENYIH - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang kejadian tumpahan minyak melibatkan sebuah kilang minyak sawit mentah, di sini seperti yang dilaporkan pada jam 7 malam Isnin.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan yang dijalankan oleh LUAS mendapati terdapat tompokan minyak dikesan pada kawasan aliran longkang keluar kilang berkenaan.

Menurutnya, wakil dari kilang tersebut memaklumkan bahawa insiden berlaku disebabkan terdapat permasalahan teknikal pada sistem tangki simpanan sehingga mengakibatkan berlakunya limpahan minyak yang keluar dari tangki pemprosesan kilang tersebut.

“Hasil pemantauan di sepanjang aliran keluar air menuju ke Sungai Rinching mendapati terdapat kesan tompokan minyak yang mengalir masuk ke dalam sungai.

“Oleh itu, LUAS mengaktifkan kod kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

“Inisiatif pencegahan dipertingkatkan dengan pihak LUAS meletakkan empat serbuk karbon teraktif (activated carbon) di kawasan aliran air keluar dari kilang untuk mencegah sebarang pencemaran ke Sungai Rinching,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Pihak LUAS telah menjalankan ujian pensampelan bau sehingga jam 5 pagi Selasa di Sungai Rinching dan Sungai Semenyih yang mencatatkan bacaan sifar ton.
Pihak LUAS telah menjalankan ujian pensampelan bau sehingga jam 5 pagi Selasa di Sungai Rinching dan Sungai Semenyih yang mencatatkan bacaan sifar ton.

Loy Sian berkata, LUAS turut memasang ‘oil boom’ bagi menghalang aliran sisa minyak dari terus memasuki Sungai Rinching dan ke Sungai Semenyih yang berjaya mengelakkan henti tugas LRA Sungai Semenyih serta tiada berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

Wakil kilang turut memaklumkan, mereka mengambil tindakan awal dengan menghentikan operasi dan membuat sekatan pada kawasan aliran bagi menghalang aliran sisa minyak tersebut selain melakukan kerja-kerja pembersihan serta penyedutan baki minyak yang bertakung di dalam aliran di kawasan kilang.

Loy Sian berkata, berdasarkan pemantauan statik LUAS sehingga jam 5 pagi Selasa di Sungai Rinching dan Sungai Semenyih, ujian pensampelan bau mencatatkan bacaan sifar ton dan aliran sungai dalam keadaan normal.

“Dalam masa yang sama, LUAS juga akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah

Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada kilang terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kualiti sumber air.

“Selaras dengan Seksyen 79, Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 bagi larangan pencemaran sumber air apabila disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang daripada RM200 ribu dan tidak melebihi RM1 juta,” katanya.