Rakyat tertunggu-tunggu rupa Parlimen hibrid

Sesi persidangan Parlimen hibrid yang sedang dikaji konsep dan mekanisme pelaksanaannya oleh jawatankuasa khas minggu lalu bakal membuka suatu perspektif baharu bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia.
Sesi persidangan Parlimen hibrid yang sedang dikaji konsep dan mekanisme pelaksanaannya oleh jawatankuasa khas minggu lalu bakal membuka suatu perspektif baharu bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia.
A
A
A

BANYAK pihak sudah menyuarakan pandangan masing-masing agar sidang Parlimen perlu diadakan biarpun negara sedang menghadapi ancaman penularan pandemik Covid-19.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan proklamasi darurat mulai 11 Januari hingga 1 Ogos depan bagi memerangi Covid-19 sekali gus menyebabkan sidang Parlimen tertangguh sehingga hari ini.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini menjelaskan kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid melibatkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Timbalan-Timbalan Yang Dipertua turut bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid itu yang berasaskan penyertaan ahli Parlimen secara fizikal dan juga dalam talian.

Cuma bagi rakyat jelata masih tertanya-tanya bagaimana bentuk Parlimen hibrid yang dicadangkan itu.

Bagaimanakah Speaker Dewan Rakyat mengawal perjalanan persidangan apabila ada ahli Parlimen berada di dalam dewan dan ada pula di dalam talian?

Speaker Dewan Rakyat mestilah memastikan Parlimen hibrid memberikan ruang seadil-adilnya khasnya kepada ahli-ahli Parlimen di dalam talian mencelah dan membahas sebaik mungkin.

Kita menunggu hari persidangan Parlimen hibrid dan ia bergantung kepada kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat mengendalikannya.

Artikel Berkaitan:

Parlimen menjadi institusi yang perlu dijunjung tinggi oleh rakyat Malaysia dalam menegakkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

Semua ahli Parlimen sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang boleh berdebat dan berkongsi pandangan dalam apa jua isu, termasuk bagaimana memerangi Covid-19 yang sedang merebak ketika ini.

Sama ada bersidang dalam Dewan ataupun dalam talian, kita harap semua ahli Parlimen memberi idea-idea berguna kepada kerajaan menangani penyakit berjangkit itu. Suara rakyat tidak boleh dipinggirkan lebih-lebih lagi melalui detik-detik sukar ketika ini.