Bukan seluruh Kampung Sungai Penchala dikenakan PKPD

Anuar (kanan) meninjau kawasan PKPD Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Anuar (kanan) meninjau kawasan PKPD Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya tiga kawasan di Kampung Sungai Penchala yang terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar menjelaskan, PKPD di Kampung Sungai Penchala membabitkan beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan kawasan di dalam kampung berkenaan.

Beliau berkata, kawasan berkenaan ialah Jalan Sungai Penchala 11, Jalan Sungai Penchala 12 dan Jalan Sungai Penchala 12(A)

"Setelah hari kelima PKPD dilaksanakan di kawasan itu, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan penduduk berkaitan lokasi spesifik yang dikenakan PKPD.

"Saya berharap kenyataan ini dapat memberikan gambaran yang jelas kawasan yang terlibat dengan PKPD. Ia bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan sekitarnya terutama untuk tujuan bekerja," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Beliau bagaimanapun mengingatkan penduduk supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama kawasan yang tidak terlibat dengan PKPD.

Kampung Sungai Penchala merupakan tujuh lokaliti dikenakan PKPD bermula Khamis lalu berikutan peningkatan ketara kes Covid-19 dengan 65 kes positif dikesan dalam tempoh dua minggu.

Keputusan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini turut memasang kawat duri di sekitar kampung berkenaan berikutan pelaksanaan PKPD berkuat kuasa 10 sehingga 23 Jun ini.