X

Kindly register in order to view this article
!

Petronas serah siasatan isu Aker Solutions kepada pihak berkuasa

Petronas
A
A

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyerahkan siasatan ke atas penyedia perkhidmatan minyak terbesar di Norway, Aker Solutions kepada pihak berkuasa atas dakwaan bahawa syarikat tersebut membuat pernyataan palsu mengenai urus niaganya dengan syarikat minyak nasional itu.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, pihaknya tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan apa-apa kenyataan.

Bagaimanpun, Petronas akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang berkaitan, berikutan dakwaan itu kini di bawah bidang kuasa pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Reuters, SPRM telah menyiasat dakwaan bahawa syarikat perkhidmatan minyak terbesar di Norway itu telah membuat pernyataan palsu untuk mendapat lesen daripada Petronas Carigali Sdn Bhd yang biasanya untuk syarikat yang memenuhi syarat kuota etnik berdasarkan undang-undang Malaysia.

Naib Presiden Kanan Aker Solutions Ahmad Hatta Kamaruzzaman hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu dengan membuat pernyataan palsu yang melibatkan status pemilikan syarikat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!