Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari

Seorang usahawan kosmetik kontroversi (kanan) bersama rakannya (kiri) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berbaur lucah, Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat.
Seorang usahawan kosmetik kontroversi (kanan) bersama rakannya (kiri) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berbaur lucah, Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat.
A
A
A

BANDAR BARU BANGI - "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi bersama rakannya selepas jurugambar media merakam gambar mereka di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Kedua-dua individu berkenaan direman tiga hari bagi membantu siasatan dakwaan membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur dalam satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial.

Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek bermula Jumaat sehingga 13 Jun.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan bergari sambil dikawal pihak polis.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili dua individu itu berkata, anak guamnya yang berusia lewat 20-an disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada Khamis, media melaporkan seorang pensyarah membuat laporan polis terhadap seorang usahawan kosmetik selepas sesi Instagramnya dikatakan berbaur lucah pada Rabu.

Usahawan itu yang mempunyai sejuta pengikut di laman sosial Instagram bersiaran secara langsung bersama rakannya jam 2 pagi menerusi platform Instagram Live serta diikuti dua kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, pihak polis meminta dua pemilik akaun Instagram iaitu Safieilyas dan Pipinatasha tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pemilik akaun IG 'safieyillias94'