X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan pemilik akaun IG 'safieyillias94'

Polis menahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' pada Khamis berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' pada Khamis berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pada Jumaat.

“Pemilik akaun itu telah ditahan semalam.

"Hari ini akan mohon reman untuk siasatan lanjut. Beri masa kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Jumaat.

Pada Khamis, perbuatan itu dikatakan berlaku ketika pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama 'pipinatasha' dan dua kanak-kanak bawah umur.

Pengguna Instagram 'pipinatasha' juga didakwa berpakaian seksi selain bersama pemilik akaun 'safieyillias94' menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!