X

Kindly register in order to view this article
!

Kes MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman

Gambar tular yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam pada 5 Jun lalu. (Gambar kecil: Shafee)
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini pada Sabtu telah dirujuk ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kes tersebut bagaimanapun masih dalam siasatan.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum dirujuk ke pejabat pendakwaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, polis telah menjalankan siasatan ke atas Muhammad Sanusi mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Siasatan itu susulan tular gambar dan video di media sosial memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta jenis Ford Raptor di Autocity Juru.

Video dan gambar itu dimuat naik seorang pengguna di Facebook yang mempersoalkan tindakan Muhammad Sanusi.

Gambar dan video itu memaparkan Muhammad Sanusi ke pusat pameran dan jualan kenderaan itu dipercayai untuk memandu uji sebuah kereta jenis Ford Raptor.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet kerana negara kini berada di bawah Sekatan Pergerakan Penuh dan pusat jualan serta pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Muhammad Sanusi didakwa datang ke pusat terbabit bersama dua lelaki dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu,

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pandu uji: Sanusi beri keterangan polis petang ini

MB Kedah tidak pandu uji, beli kereta ketika 'total lockdown'

Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!