Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMASKINI] Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: