Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus menurun

Kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah-langkah lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat. Gambar fail.
Kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah-langkah lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat. Gambar fail.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.94 pada Rabu berbanding 0.95 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, enam negeri masih mencatat kadar R-naught melebihi purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.26. Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Sarawak dan Kuala Lumpur. Pahang dan Selangor mencatat R-naught 1.0.

Sementara itu, Perak, Johor, Putrajaya, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah mencatat kadar bawah 1.0.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!