600 haiwan di Zoo Melaka perlu bantuan makanan

Zoo Melaka masih memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
Zoo Melaka masih memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.
A
A
A

MELAKA - Zoo Melaka yang diseliakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) masih memerlukan sumbangan khususnya bekalan makanan daripada orang ramai dan syarikat korporat.

Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata, biarpun masih berupaya meneruskan kelangsungan operasi namun memerlukan sekurang-kurangnya lebih RM100,000 setiap bulan bagi menampung kos makanan kesemua haiwan.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak dalam menampung operasi khususnya membabitkan bekalan makanan untuk kira-kira 600 haiwan di zoo itu.

"Setakat ini zoo masih boleh bertahan dan menampung keperluan makanan, bagaimanapun agak sukar kerana terpaksa mengawal perbelanjaan.

"Kita harap sumbangan dan bantuan yang diberikan dapat membantu Zoo Melaka sekali gus memastikan usaha konservasi hidupan liar dapat diteruskan, " katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan wujudnya Tabung Makanan Haiwan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lalu berjaya mengumpul kutipan kira-kira RM100,000 yang disumbangkan pelbagai pihak.

Menurutnya, ramai yang prihatin termasuk bukan sahaja menjadikan sebagai haiwan angkat malah membawa sumbangan bekalan makanan seperti buah-buahan serta sayur-sayuran.

"Namun jika keadaan ini berterusan MPHTJ terpaksa menampung keseluruhan kerugian yang dialami walaupun dengan sumber kewangan yang terhad," katanya.

Artikel Berkaitan: