Mangsa Siklon Mocha terdesak bantuan makanan

Orang ramai beratur mendapatkan makan didermakan WFP di Sittwe selepas Siklon Mocha melanda Myanmar. - AFP
Orang ramai beratur mendapatkan makan didermakan WFP di Sittwe selepas Siklon Mocha melanda Myanmar. - AFP
A
A
A

GENEVA - Sekurang-kurangnya 800,000 penduduk Myanmar terdesak memerlukan bantuan makanan dan keperluan lain-lain selepas Siklon Mocha melanda negara diancam konflik pada awal minggu ini.

Mocha membawa hujan lebat dan angin sehingga 195 kilometer sejam (km/j) ke Myanmar dan negara jiran Bangladesh pada Ahad lalu, dengan junta berkata sekurang-kurangnya 148 orang terbunuh dan laporan media menyatakan angka tersebut mungkin lebih tinggi.

Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ‘jejak kemusnahan’ berlaku di diseluruh Negeri Rakhine, Myanmar, sebuah wilayah yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya tinggal di kem perpindahan berikutan konflik etnik selama beberapa dekad.

Timbalan Pengarah Serantau WFP untuk Asia dan Pasifik, Anthea Webb menyatakan Mocha menyebabkan rumah ranap, jalan terputus akibat pokok tumbang manakala hospital dan sekolah telah musnah.

Seorang gadis sedang menyiapkan makanan di bawah kem pelarian di Basara di Sittwe selepas Siklon Mocha melanda Myanmar. - AFP
Seorang gadis sedang menyiapkan makanan di bawah kem pelarian di Basara di Sittwe selepas Siklon Mocha melanda Myanmar. - AFP

“Terdapat sekurang-kurangnya 800,000 orang terdesak memerlukan bantuan makanan dan lain-lain lagi,” katanya.

Webb berkata, WFP telah memulakan tindak balas sebelum Mocha melanda dengan mengerahkan penduduk Bangladesh dan Myanmar membuat persediaan awal serta bantuan wang tunai turut diberikan.

Katanya, sebaik saja siklon berlaku, agensinya telah bergegas memberikan bantuan makanan dan ‘bekerja sepanjang masa’ bagi menyambung sokongan kepada penduduk terjejas.

Pelarian etnik Rohingya mengebumikan saudara mereka yang menjadi mangsa Siklon Mocha di negeri Rakhine. - AFP
Pelarian etnik Rohingya mengebumikan saudara mereka yang menjadi mangsa Siklon Mocha di negeri Rakhine. - AFP

Di Myanmar WFP memulakan pengagihan makanan kepada keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Negeri Rakhine dan wilayah Magway yang terletak berdekatan.

Agensi itu menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 800,000 orang yang paling terjejas teruk di Rakhine, Magway dan Chin.

Bagaimanapun, terdapat kekurangan pembiayaan diterima dan telah memaksa WFP pada Mac lalu untuk mengurangkan nilai baucar makanan bagi pelarian yang tinggal di Kem Cox's Bazar, Bangladesh kepada AS$0.10 (RM0.46 sen) setiap hidangan.

Nelayan memindahkan bot ke tempat selamat di Teknaf sebelum Siklon diramalkan melanda Bangladesh Ahad lalu. - AFP
Nelayan memindahkan bot ke tempat selamat di Teknaf sebelum Siklon diramalkan melanda Bangladesh Ahad lalu. - AFP

“Kami perlu memotongnya sekali lagi pada Jun ini melainkan pembiayaan diperoleh,” katanya sambil menambah WFP memerlukan AS$56 juta (RM259 juta) sehingga penghujung tahun ini bagi membantu pelarian Rohingya di sana.

Sementara di Myanmar, agensi PBB itu memerlukan AS$60 juta (RM277 juta) untuk membantu 2.1 juta orang yang kehilangan tempat tinggal termasuk 800,000 orang yang terdedah dengan Mocha.

“Siklon itu telah memburukkan lagi keadaan sedia ada terhadap jutaan penduduk yang bergelut berdepan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya. - AFP

Seorang wanita Rohingya mendukung bayinya di hadapan rumah mereka yang ranap akibat Siklon Mocha di Kem Basara. - AFP
Seorang wanita Rohingya mendukung bayinya di hadapan rumah mereka yang ranap akibat Siklon Mocha di Kem Basara. - AFP