X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Kampung Sungai Penchala

PKPD akan dilakukan di beberapa lokaliti di Sabah dan di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur bermula 10 Jun sehingga 23 Jun.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di Kuala Lumpur dan Sabah berkuat kuasa pada Khamis sehingga 23 Jun 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat enam lokaliti di Sabah dikenakan PKPD iaitu Kampung Kebayau, Kota Belud; Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat; Taman Wawasan, Beaufort dan Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di kawasan Sentosa, Sandakan, Sabah melibatkan Kampung Sungai Obar, Batu 7 dan Fasa 9B, Taman Indah Jaya di Sentosa.

Selain itu, katanya, kerajaan turut melaksanakan PKPD di kawasan Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

“Pelaksanaan PKPD ini memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu susulan KKM mendapati kes Covid-19 masih menular dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti terbabit.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di enam lokaliti di Sarawak, Sabah dan Kelantan.

Menurutnya, kawasan tersebut melibatkan tiga lokaliti dalam daerah Tanjung Manis, Mukah, Sarawak iaitu Rumah Panjang Isa anak Blone; Rumah Panjang Ben anak Kuleng serta Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam.

Ujarnya, dua lokaliti lain ialah di daerah Tawau, Sabah iaitu Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik dan Taman Desa Ranggu, manakala Kelantan hanya melibatkan lokaliti Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat.

“KKM juga mengesahkan kes telah menurun dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD melibatkan kawasan Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, Sabah serta Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor.

Jelasnya, KKM mendapati masih berlaku penularan serta terdapat kes baharu dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!