Tempoh reman bekas pemimpin STAR didakwa cabul dilanjutkan

KOTA KINABALU - Tahanan reman ke atas ahli politik yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, disambung tiga hari, sehingga 9 Jun depan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, permohonan penyambungan tahanan reman sudah dibuat pasukan siasatan polis.
“Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 3 Jun lalu, suspek yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis.
Lelaki terbabit ditahan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya 19 Mei lalu.
Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya dan mangsa turut bertindak menepis tangan suspek. - Awani
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa cabul peserta Unduk Ngadau ditahan
Polis ambil keterangan peserta Unduk Ngadau dakwa dicabul
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Kehabisan wang, lelaki Malaysia samun, rempuh polis di Batam
Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri
Ibu buang mayat bayi dalam longkang dipenjara tiga bulan
Lelaki OKU mental lari selepas gagal padam kebakaran rumah
Isa Isarb ditahan di Indonesia ketika buat dokumentari jerebu, disyaki perisik dari Malaysia
Kereta peronda dinaiki dua anggota polis terbabas elak monyet
Operasi padam kebakaran hutan Indonesia bertukar tragedi, helikopter kedua terhempas
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
