Belon udara panas mendarat di bendang, tiada kebenaran CAAM

Sebuah belon udara panas berlepas dari Stadium Mini Pendang sekitar jam 6.30 pagi sebelum terpaksa mendarat kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan sawah padi di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut pada Isnin.
Sebuah belon udara panas berlepas dari Stadium Mini Pendang sekitar jam 6.30 pagi sebelum terpaksa mendarat kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan sawah padi di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR – Sebuah belon udara panas dilaporkan mendarat di kawasan bendang di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut di sini pada Isnin tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.12 tengah hari.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati belon udara panas berkenaan telah berlepas dari Stadium Mini Pendang sekitar jam 6.30 pagi sebelum terpaksa mendarat kira-kira jam 8.30 pagi di kawasan sawah padi di Kampung Pisang.

“Siasatan mendapati belon udara panas itu dikendalikan oleh sebuah resort dan penerbangan tersebut adalah mengikut arah angin. Bagaimanapun, ia terpaksa mendarat di kawasan lapang bagi mengelakkan dibawa angin ke laut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, selepas mendarat, kru bertindak mengemas peralatan sebelum membawa pulang belon udara panas itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati pihak pengendali tidak memperoleh kebenaran daripada CAAM dan Kawalan Trafik Udara (ATC) untuk menerbangkan belon udara panas di ruang udara Kedah.

“Mereka hanya mempunyai kebenaran bagi operasi di ruang udara Taiping, Perak. Kes telah dirujuk kepada CAAM untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Belon udara panas mendarat tanpa kebenaran di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut
  • Menerima maklumat tentang pendaratan belon tersebut kira-kira jam 12.12 tengah hari
  • Belon berlepas dari Stadium Mini Pendang dan terpaksa mendarat di lapangan sawah padi untuk mengelak dari dibawa angin ke laut
  • Kru belon udara panas mengemas peralatan dan membawa pulang menggunakan kenderaan pacuan empat roda
  • Pihak pengendali tidak memperoleh kebenaran daripada CAAM dan ATV untuk operasi di ruang udara Kedah, hanya mempunyai kebenaran di Taiping, Perak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!