Bencana kepada industri ternakan

Keadaan lembu yang dijangkiti LSD.
Keadaan lembu yang dijangkiti LSD.
A
A
A

SHAH ALAM - Industri penternakan ruminan negara khususnya lembu dan kerbau dijangka menghadapi masalah besar jika penularan penyakit kulit kental (LSD) mula merebak di dalam negara.

Seorang penternak lembu dari Kuala Langat, Zainal Mohd Jais berkata, penularan penyakit haiwan yang berpunca dari Thailand itu bakal memburukkan lagi keadaan kesihatan haiwan ternak di negara ini.

Beliau juga bimbang kerana penularan penyakit berkenaan tidak boleh dikawal seperti penyakit kuku dan mulut (FMD) yang mempunyai vaksin.

“Kita belum mahir mengawal penyakit ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum ini memaklumkan pihaknya telah mengesan penularan penyakit LSD yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di Perak.

Sementara itu, Zainal yang telah 10 tahun berkecimpung dalam bidang itu mengakui berasa bimbang sekiranya penyakit itu merebak dengan cepat di Malaysia kerana kebergantungan negara ini yang tinggi terhadap bekalan lembu dari Thailand.

ZAINAL
ZAINAL

Zainal yang juga penyelenggara untuk sebuah kumpulan persatuan penternak ruminan di Facebook berkata, ramai penternak masih belum mendapat maklumat atau arahan rasmi daripada pihak berkuasa seperti JPV mengenai penyakit LSD itu.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, selain menjejaskan tahap keselamatan makanan negara, situasi penularan penyakit LSD di Malaysia juga akan menyebabkan peningkatan harga dan bekalan daging tempatan.

“Sekarang ini, kita cuma mampu membekalkan daging tempatan sekitar 20 peratus bagi pasaran negara. Krisis Covid-19 juga secara tidak langsung menjejaskan bekalan,” ujarnya.

Beberapa negara dilaporkan telah mengesan penularan penyakit LSD sejak 2019 antaranya Bangladesh (Jul 2019), India (Ogos 2019), China (Ogos 2019), Bhutan (Okt 2020), Hong Kong (Nov 2020), Nepal (Jul 2020), Sri Lanka (Jan 2021) dan terbaharu di Thailand (April 2021).

No Image Caption