X

Kindly register in order to view this article
!

Penumpang MRT pada 27 Mei disaran buat ujian Covid-19

MRT
A
A

KUALA LUMPUR - Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif wabak itu.

Prasarana dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif Covid-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.

“Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala Covid-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf,” kata wanita itu dalam akaun Twitternya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!