X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

'Boleh dikenakan tindakan jika bawa kanak-kanak ke tempat sesak'

Dr Adham
A
A

PUTRAJAYA - Ibu bapa yang ingkar dengan membawa kanak-kanak di bawah 18 tahun ke lokasi berisiko Covid-19 termasuk ke kawasan sesak boleh dikenakan tindakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kertas siasatan boleh dibuka oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelas beliau, setakat ini sebanyak 82,341 kes Covid-19 direkodkan melibatkan golongan yang berusia di bawah 18 tahun.

"Berdasarkan Akta 342 tiada peraturan yang boleh dikeluarkan kompaun terhadap ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak atau kawasan penularan Covid-19.

"Tetapi dengan SOP dikeluarkan MKN yang sudah diwartakan, ibu bapa yang ingkar boleh dibuka kertas siasatan untuk diadili," katanya pada sidang media mingguan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, daripada jumlah tersebut, mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun mencatatkan kes tertinggi iaitu 27,402.

Ia diikuti kanak-kanak berusia di bawah empat tahun iaitu seramai 19,851 kes; manakala lima hingga enam tahun sebanyak 8,237 kes.

Jelas beliau, kebanyakan mereka yang dijangkiti Covid-19 berada dalam kategori satu, dua dan tiga, selain tiada yang dikesan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) setakat ini. Astro Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!