X

Kindly register in order to view this article
!

30 dikompaun berkumpul sambut raya

Semua individu yang ditahan dikompaun RM1,500 seorang dalam tiga serbuan berasingan oleh polis di sekitar Johor Bahru pada Selasa. (Foto: Ihsan Polis)
A
A

JOHOR BAHRU- Padah berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari raya, 30 individu dikompaun RM45,000 dalam tiga serbuan berasingan oleh polis di sekitar bandar raya ini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dua serbuan dibuat di sebuah apartment di Jalan Tanjung Puteri dan satu serbuan di sebuah apartment di Taman Jaya Putra, setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

"Dalam serbuan itu, pasukan Task Force dan anggota Unit Risikan Sempadan (URS) Balai Polis Sentral, Johor Bahru Selatan telah berjaya menahan seramai 19 lelaki dan 11 perempuan berumur di antara 16 hingga 29 tahun.

"Mereka dipercayai menyewa apartment tersebut selama beberapa hari untuk berkumpul sempena hari raya. Mereka didapati berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

"Semua yang ditahan dikenakan kompaun RM1,500 seorang di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 kerana melanggar syarat (PKP) dan tiada penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebahagian daripada individu yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan oleh polis di sekitar Johor Bahru pada Selasa. (Foto: Ihsan Polis)
Sebahagian daripada individu yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan oleh polis di sekitar Johor Bahru pada Selasa. (Foto: Ihsan Polis)

Tegasnya, orang ramai diminta agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi penjarakan fizikal di tempat awam.

Tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang tidak mematuhi PKP dan orang ramai khususnya remaja diminta untuk menghentikan semua aktiviti berkumpulan agar rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!